Jumaat, 31 Ogos 2012

Taekwondo, collection of the best kicks

Tentera Bergajah Abrahah dan Burung Ababil(animation)-Multimedia College KL

Perang Badar Al Kubro

hari kiamat - gambaran dari surah al-qiyamah

                                         Marilah kita sama-sama beramal soleh,mengerjakan perintah ALLAH SWT dan meninggalkan segala larangannya.Video ini hanya semata-mata dan gambaran sahaja.

                                          Marilah kita sama-sama merenung akan penderitaan rakyat Palestin.

MEMOHON MATI SYAHID FI SABILILLAH.

Dari Sahl bin Hanif r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: ''Barang siapa meminta mati syahid kepada ALLAH dengan jujur,pasti akan ALLAH sampaikanlah ia ke tingkat para syuhada sekalipun mati  di atas tempat tidur.''(Muslim,Abu Daud,Tirmidzi,Nasai,dan Ibnu Majah).

 Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: ''Barang siapa berperang fi sabilillah dalam waktu seperti lamanya engkau memerah susu,maka ia berhak masuk syurga.Barang siapa meminta mati syahid kepada ALLAH dengan penuh kejujuran,lalu ia mati atau terbunuh,maka ia mendapat pahala syahid.Dan barang siapa terluka dalam perang fi sabilillah,atau tertimpa satu bencana,maka luka atau bencana tersebut pada hari kiamat menjadi tetap seperti itu.Warnanya warna za'faran(kunyit) dan baunya seperti bau kasturi...''(Abu Daud dan Tirmidzi.Menurut Tirmidzi,hadis ini benar shahih.Juga riwayat Nasa'i dan Ibnu Majah).

BERPUASA.

  Dari Sahl bin Sa'ad r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: ''Di syurga terdapat pintu yang bernama PINTU RAYYAN,yang hanya dimasukkan oleh orang-orang yang puasa sahaja,tidak oleh orang lain.Kalau mereka sudah masuk,maka pintu tersebut ditutup.''(Bukhari,Muslim,dan Nasai).

  Tirmidzi menambahkan: ''Barang siapa memasukinya,ia tidak akan haus selamanya.''

 Dalam shahihnya,Ibnu Khuzaimah juga meriwayatkan hal yang sama,dengan kata-kata: ''Jika salah seorang dari mereka masuk,maka pintu tersebut ditutupi.Barang siapa masuk,pasti minum,dan barang siapa minum,ia tidak akan haus selamanya.''

 Pahala di atas memang layak bagi orang-orang yang berpuasa sebab di dunia mereka telah menahan dahaga kerana ALLAH.

SOLAT MALAM.

 Diriwayatkan dari Asma' binti Yazid r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: ''Pada hari kiamat umat manusia akan dibawa ke suatu kawasan.Lalu satu suara menyeru,'Manakah orang-orang yang pernah merenggangkan lambung dari tempat tidur (solat malam).'Maka tampillah mereka dengan jumlah yang sedikit.Kemudian masuk syurga tanpa hisab.Sementara itu,yang lainnya diperintah untuk dihisab.''(Baihaqi).

 Berkaitan dengan persyaratan masuk ke syurga tanpa hisab,ada satu hadis shahih yang menyebutkan bahawa ada 70,000 umat masuk syurga tanpa hisab dan azab.

 Ketika Rasulullah ditanya mengenai hal itu,baginda menjawab:''Iaitu mereka yang tidak mengadakan pengubatan dengan jampi-jampi dan tidak meminta diubati dengan cara itu,serta mereka tidak bertathayyur (menggantungkan nasib pada terbangnya burung) dan mereka bertawakal kepada Rabb-nya.''

SABAR SAAT MENGALAMI KEBUTAAN.

 Anas r.a pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:''Sesungguhnya ALLAH 'AZZA WA JALLA berfirman:''Jika Aku menguji hamba-Ku dengan kehilangan penglihatan kedua matanya,dan ia bersabar,maka akan Aku gantikan dengan syurga.''(Bukhari dan Tirmidzi).

 Lafaz Tirmidzi menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ''ALLAH 'AZZA WA JALLA berfirman,'Jika Aku ambil(penglihatan) kedua mata hamba-Ku di dunia,maka tidak ada baginya balasan di sisi-Ku selain syurga.''

 Dalam riwayat lain dari Tirmidzi disebutkan: ''Barang siapa Ku-ambil penglihatan kedua matanya,lalu ia bersabar dan tidak berkeluh-kesah,maka Aku tidak redha pahala untuknya selain syurga.''

TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

     Abu Hurairah r.a,  pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ''Barang siapa yang takut,ia segera jalan pada malam hari.Dan barang siapa berangkat pada malam hari,ia akan sampai ke tempat tujuan (dengan segera dan selamat).Ketahuilah bahawa dagangan ALLAH itu mahal.Ketahuilah bahawa dagangan ALLAH itu syurga.''(Tirmidzi.Menurutnya,hadis ini benar).

    Pendapat Imam Nawawi tentang kalimat ''Ketahuilah bahawa barang dagangan ALLAH itu syurga''merupakan perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW bagi orang yang menempuh jalan menuju akhirat.Adapun syaitan berusaha mengganggunya melalui hawa nafsu,cita-cita(khayalan)dusta sebagai pendukungnya.Apabila ia selalu berwaspada dalam menempuh perjalanannya itu dan ikhlas dalam beramal,maka ia bebas dari gangguan syaitan.

MENYINGKIRKAN BENDA YANG MENGGANGGU DARI JALAN.


      Abu Syaibah Al-Hirawi berkata bahawa pada suatu hari Mu'adz r.a berjalan bersama seseorang.Maka ia singkirkan sebuah batu dari jalan.Lelaki itu bertanya,''Apa ini?''Maka Mu'adz r.a berkata,''Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ''Barang siapa yang menyingkirkan batu dari jalan,maka akan ditulis untuk hasanah,dan barang siapa memiliki hasanah,dia masuk syurga.''(Thabrani dalam Al-Kabir dengan para perawi yang tsiqah).

      Thabrani dalam Mu'jam Al-Ausath meriwayatkan hadis dari Abu Darda' r.a dengan berkata: ''Barang siapa menyingkirkan sesuatu yang mengganggu kaum muslimin dari jalan mereka,Maka ALLAH akan menulis untuknya satu hasanah;dan barang siapa yang ditulis untuknya hasanah,ALLAH akan memasukkannya ke syurga kerananya.''

JALAN KE SYURGA ATAU NERAKA.

                                                                                                                                                                                             

''Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka berkata, ''Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu. ''Mereka diberi 
buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.''(AL-BAQARAH : 25).

''Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada  bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) ALLAH, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.''(YUNUS : 27).

ALLAH SWT telah mengisyaratkan hal itu dalam firman-Nya :
''Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah (seperti taman) mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tidak henti-henti; sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.''
(Ar Ra'd : 35).


















        


      

Pengertian Bendera Dan Warna-warna GAYONG.



Bendera Gayong dikibarkan dalam mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Silat Seni Gayong.Ia melambangkan kedaulatan organisasi Silat Seni Gayong.Pemilihan warna pada lambang dan bendera Silat Seni Gayong membawa mesej dan falsafah tertentu.Ia memancarkan semangat perjuangan dan inspirasi ahli dan murid Silat Seni Gayong di Malaysia.


          Hitam.
         Melambangkan bayang-bayang iaitu persamaan.Ia bermaksud semau manusia di sisi ALLAH SWT adalah sama.Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu SILAT SENI GAYONG mempunyai pelbagai rahsianya(Rahsia tersimpan di zaman purbakala,ilham menyusul zahir semula).

       Putih.
       Bermaksud suci dan bersih.Ia menunjukkan SILAT SENI GAYONG bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat.Dalam konteks SILAT SENI GAYONG,agama ISLAM ialah AD-DIN iaitu pedoman hidup.

        Kuning.
       Melambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat.Murid yang memasuki Silat Seni Gayong dimestikan berikrar taat setia pada raja-raja Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.

       Merah.
       Tanda keberanian dan kepahlawanan.Murid Gayong hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.Semangat kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada penceroboh dan perbuatan durjana.Keberanian yang dimiliki hendaklah atas dasar keberanian dan tuntutan agama.

Isnin, 27 Ogos 2012

.Solatlah anda walau berada di mana-mana sahaja



     Solat adalah mengadakan hubungan dengan ALLAH SWT.Jadi tidak kira di mana pun anda boleh berhubung dengan ALLAH SWT kerana ALLAH adlah MAHA MELIHAT.

AL-QURAN DAN AS-SUNNAH tidak pernah mewajibkan umat untuk bersolat di atas sesuatu,malah sumber nas menerangkan bahawa UMAT ISLAM boleh bersolat di mana-mana sahaja di bumi ini seluruhnya.NABI MUHAMMAD SAW telah bersabda:

        Kamu diberikan kelebihan ke atas manusia dengan 3 perkara:Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat,dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air.  

Dalam satu hadith lain beliau juga telah bersabda:

  Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud.Kerana itu HENDAKLAH SESEORANG DI ANTARA KAMU SOLAT DI MANA SAHAJA IA DAPAT.


 
 

Kisah Khalid Al-Walid

Pemimpin yang ikhlas,yang meninggalkan jawatan yang digalas.


Siapakah yang tidak pernah mendengar kisah berkaitan Khalid Al-Walid r.a seorrang panglima Islam yang digeruni oleh musuh-musuh Islam.Khalid Al-Walid r.a seorang yang tangkas,kuat,hebat dan berketerampilan tinggi yang selalu dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mengetuai tentera Islam.Pernah Nabi Muhammad SAW melarang dari membunuh tawanan perang,tetapi Khalid Al-Walid r.a melanggarnya namun masih tetap Nabi Muhammad SAW memilih Khalid Al-Walid r.a sebagai panglima perang disebabkan ketangkasan beliau.Juga ketangkasan Khalid Al-Walid r.a ini pernah direkodkan iaitu ketika persiapan untuk melawan musuh,Khalid Al-Walid r.a,beliau dengan kudanya menuju dari Iraq ke Mekah untuk menunaikan haji tanpa seorang pon dikalangan tentera Islam akan ketiadakan Khalid Al-Walid r.a itu.Namun berita ini telah disampaikan kepada Abu Bakar As Sidiq(berita yang disampaikan oleh jemaah haji yang nampak Khalid Al-Walid r.a)lalu Abu Bakar As-Sidiq menghantar surat amaran kepada Khalid Al-Walid supaya tidak diulangi perkara yang sedemikian,begitulah ketangkasan Khalid Al-Walid r.a manusia yang digelar pedang ALLAH ini.  

Ahad, 26 Ogos 2012

SUPERHERO.

Nama:Spiderman.
Kelebihannya:Dia boleh melompat dari tempat yang sangat tinggi.
Musuhnya:Green Goblin,Doctopus,Sandman dan Venom.










Nama:Batman.
Kelebihannya: Dia pandai menggunakan barang teknologi.
Musuhnya yang paling ketat:Joker.















Nama:Ironman
Kelebihannya:Dia boleh terbang dengan laju.
Musuhnya:Iron Monger..















Nama:Wolverine.
Kelebihannya:Dia boleh mencakar dengan kuat.
Musuhnya:Dark Wolverine.















Nama:Hulk.
Kelebihannya:Dia boleh mengangkat benda yang sangat berat.
Musuhnya:Rulk.










Nama:Superman.
Kelebihannya:Dia boleh terbang tinggi-tinggi.
Musuhnya:Gandalf.




Maksud Disebalik Perkataan Gayong.

         Pada zaman silam,hanya individu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna.Mereka ini sebenarnya telah memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama,bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri.Sifat ini kemudiannya menjadi subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat.Bagi mereka yang belum mempunyai kualiti sedemikian,melalui seni silat mereka dididik dan diasuh sehingga mencapai tahap tersebut.

         Perguruan seni silat pada hakikatnya ialah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dilentur untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum.Pendekatan pendidikan seni silat sebagaimana yang diterangkan di atas merupakan kaedah yang utama oleh PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA.Sesungguhnya,falsafah pendidikan Silat Seni Gayongc sejak dahulu lagi dirangka sebegitu rupa untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai ALLAH S.W.T.


    

Silat Gayong,Seni Bela Diri dan Perisai Orang Melayu.

         Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri.Berdasarkan  bukti penemuan tinggalan sejarah  yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa,dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.Bermula dari kepulauan Riau,sistem bela diri  ini dikatakan merebak ke Minangkabau,Sumatera.Di Sumatera,seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat.Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke -7   hingga abad ke-14)untuk memeperluaskan empayarnya.Pada zaman  kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16),ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

        Dari Minangkabau,silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka.Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka,hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari ilmu silat.Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian  desa.Laksamana Hang Tuah(Bapa Persilatan Melayu)dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa(Majapahit).

         Untuk menyempurnakan ilmu silat pengamal mestilah menghayati falsafah yang terkandung di dalam ilmu tersebut.Pada zaman dulu hampir kesemua orang mengamalkan ilmu silat.Tetapi cuma beberapa yang layak digelar Pendekar.Hanya mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berkhemah tinggi mampu mencapai tahap ini.

         Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan silat.Setiap perguruan mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri.Tetapi umunya asas silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu ''bunga''dan ''buah''. Seni bunga adalah gerka tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan musuh/lawan.Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras,padu dan padat untuk menumpaskan lawan.Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah,contohnya seperti Silat Cekak.Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan,pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan  sudah berada seinci dua dari badan.

       Silat Seni Gayong diabawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis  dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam.Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya.Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wajahnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti GAYONG PATANI DAN GAYONG PUSAKA.Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia(PSSGM)yang diasaskan oleh Dato'Meor Abdul Rahman,cucu kepada Daeng Kuning yang digelar ''MAHAGURU'' oleh penuntut silat gayong.Antara meerka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah Allahyarham Mat Kilau,Dato' Bahaman dan Dato'Maharaja Lela.    
    

Sejarah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

    Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi,iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Shyah.Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511,hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid(anak laksamana Hang Tuah)telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis.Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis.Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan,hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-rimau,berimba-rimba dan bergayong.

  Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu,Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang untuk mencari perlindungan.Di Pahang,ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas,iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato'Bahaman dan Mat Kilau.

  Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka,telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat.Pemerintahan Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya.Dalam kategori persembahan silat,pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang.Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh kerana pemerintahan Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka.

  Ketika berada di tengah laut,dengan izin ALLAH SWT dan berkat ilmu Silat Seni Gayong,rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan,dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Portugis yang mengawal mereka.Kerana bimbangkan keselamatan mereka,hulubalang-hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk berlayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan.Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ.Di Makasar ini,ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas,terutamanya di kalangan bangsawan Bugis.Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di  Tanah  Melayu.


Sabtu, 25 Ogos 2012

Kisah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan Para Sahabatnya.

                             Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,Alhamdulillah kerana saya dapat menulis lagi di blog saya.Hari ini saya hendak berkongsi sedikit tentang'' KISAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W DAN PARA SAHABATNYA.''Dan orang-orang yang terdahulu;yang mula-mula dari orang-orang "Muhajirin'' dan ''Ansar'' (berhijrah dan memberi bantuan),dan orang-orang yang menurut (jejak langkah)mereka dengan kebaikan (imam dan taat),ALLAH reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya,serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;itulah kemenangan yang besar.(Surah At-Taubah Ayat 100).

                              Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:''Tidaklah kalian masuk syurga hingga kalian beriman.Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain.Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan nescaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain?Sebarkanlah SALAM sebanyak-banyaknya diantara kalian''-(Muslim).

                      SIFAT-SIFAT NABI MUHAMMAD S.A.W.
                      Fizikal.
                      Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan AL-Faswi dari Al-Hassan bin Ali r.a katanya: pernah aku menanyai pamanku(dari sebelah ibu)Hind bin Abu Halah,dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah S.A.W,padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya,maka dia berkata:Adalah Rasulullah S.A.W itu seorang yang agung yang sentiasa diagungkan, wajah berseri-seri layak bulan di malam purnamanya,tingginya cukup tidak terlalu ketara,juga tidak terlalu pendek,dadanya bidang,rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang,dan memanjang hingga ke tepi telinganya,lebat,warnanya hitam,dahinya luas,alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya,yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum hidungnya mancung,kelihatan memancar cahaya  ke atasnya,janggutnya lebat,kedua belah matanya hitam,kedua pipinya lembut dan halus,mulutnya tebal,giginya putih bersih dan jaramh-jarang,di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus,tengkuknya memanjang,berbentuk sederhana,berbadan besar lagi tegap,rata antara perutnya dan dadanya,luas dadanya,lebar antara kedua bahunya,tulang belakangnya besar,kulitnya bersih dari bulu,pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus,pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu,sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula,lengannya panjang,telapak tangannya lebar,halus tulangnya,jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging,panjang ujung jarinya,rongga telapak kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalanya orang menyombongkan diri),melangkah satu-satu dan perlahan-lahan,langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang,bila menoleh dengan semua badannya,pandangannya sering ke bumi,kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit,jarangnya baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama,selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya,selalu memulakan SALAM kepada siapa yang ditemuinya.

                    Kebiasaaan.
                    Kataku pula:Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya.Jawab pamanku:Adalah Rasulullah S.A.W itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih,sentiasa berfikir banyak,tidak pernah beristirahat panjang,tidak berbicara bila tidak ada keperluan,banyak diamnya,memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnya,kata-katanya penuh mutiara,satu-satu kalimatnya,tidak berlebih-lebihan atau kurang-kurangan,lemah-lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri,sentiasa membesarkan nikmat yang kecil,tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya,tiada seorang  dapat meredakan marahnya         ,apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

                    Dalam riwayat lain,dikatakan bahawa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya,tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan,tiada seorang yang dapat melebihi marahnya,sehingga baginda dapat membela kerananya.Baginda tidak pernah marah untuk dirinya,atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya,bila mengisyarat diisyarat dengan semua telapak tangannya,dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya,dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah,dan bila baginda gembira dipejamkan matanya,kebanyakan ketawanya ialah TERSENYUM,dan bila baginda ketawa,baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Sekian,Terima Kasih.


                     

Pesanan Imam Al-Ghazali.

                        Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikumwarhmatullahiwabarakatuh,Alhamdulillah kerana saya dapat menulis lagi blog saya.Saya ingin menyampaikan sedikit pesanan iaitu Pesanan Imam Al-Ghazali.Imam Al-Ghazali pernah bertanya pada muridnya.Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?''murid-muridnya ada yang menjawab orang tua,guru,teman dan kerabatnya.Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ''MATI''.Sebab itu dijanji oleh ALLAH S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akn mati.

                         Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.Dan (ingatlah bahawa)kehidupan di dunia ini(meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya)tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya''.
(Surah Ali-Imran 185).

                         Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?''murid-muridnya ada yang menjawab negara China,bulan,matahari dan bintang-bintang.Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.Tapi yang paling benar adalah ''MASA LALU''.Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,tidak boleh kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai ajaran Agama.

SEKIAN,TERIMA KASIH.










Pengalaman saya pada malam esok raya dan semasa hari raya.

                 Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit tak banyak pon,kisah saya semasa pada hari raya.Pada malam esok raya,selepasa berbuka puasa,saya tidak sabar menuggu untuk mendengar perisytiharkan hari raya.Sementara saya menuggu perisytiharkan hari raya itu,saya bermain bersama adik saya dan  anak menakan saya.Pada pukul 8 malam,saya dengan cepat pergi ke televisyen untuk mendengar periytiharkan hari raya.Apabila saya mendengar perisytiharkan tersebut bahawa pada esok hari akan menjelang hari raya,saya berasa sangat seronok dan pada malam itu saya bermain dengan adik saya dan anak menakan saya sampai tak reti-reti nak letih.
                Selepas itu,saya berfikir bagi nak meriahkan malam itu,saya mengambil mercun dan bunga api di dalam almari di dapur dan saya terus mengeluarkan mercun  dan bunga api.Dalam beberapa saat,saya mengambil lighter dan terus mencucuh mercun itu.Adik dan anak menakan saya ketawa dengan riang kerana kedengaran letupan yang tidak berapa kuat la.Malam itu saya keluar untuk mencari angin bersama keluarga saya,saya melihat jalan raya di Kangar menjadi sesak dengan kesibukan orang luar hendak pulang ke perantaun atau kampung mereka.
                Pada pukul 1 pagi,saya bercadang hendak tidur lewat pada malam itu.Saya dan bapa saya tidur lewat pada malam itu dengan menonton cerita yang tidak berapa seram la.Kami menonton cerita tersebut sehingga pukul 3 pagi dan pada pukul 3.30pagi saya dan bapas saya menonton filem Hindustan(cerita lawan-lawan)sehingga pukul 4pagi.Pada malam itu saya berasa sangat seronok Alhamdulillah kerana pada malam itu saya tidak berasa sunyi,saya ramai orang di rumah saya tetapi tiada sesiapa yang di rumah saya hanya yang ada saya dan keluarga saya.
                Pada keesokkan harinya iaitu hari raya pertama,saya bangun pada pukul 6.30pagi saya solat subuh dan saya sambung tidur saya sehingga saya bangun pada waktu itu pada pukul 7.15pagi.Mak saya suruh saya pergi membersihkan diri sebelum pergi solat sunat hari raya aidilfitri.Apabila saya pergi ke surau yang berdekatan dengan rumah saya,saya melihat ramai orang memakai baju raya berwarna-warni.Selepas kami solat sunat hari raya dan mendengar khutbah raya,saya,rakan-rakan dan warga emas bersalam-salam dan bermaaf-maafan pada hari tersebut.Ada yang terkeluar air mata kot,saya tak berapa nak pasti la tapi semasa bersalam-salaman saya berasa senang hati kerana saya boleh meminta maaf kepada orang yang telah saya lakukan perbuatan yang kurang sopan itu.
               Selepas bersalam-salaman,saya terus pulang ke rumah untuk beraya dengan keluarga.Dalam beberapa mint,saya dan keluarga saya pulang ke kampung bapa saya untuk beraya la,buat apa lagi kan.Apabila sampai ke kampung saya berasa lagi seronok kerana dapat berjumpa dengan keluarga bapa  saya.Saya bermain dengan adik saya dan anak menakan saya di luar rumah dan di dalam rumah.Saya berada di situ pada siang hari hingga malam iaitu selepas isya'.Adik,anak menakan saya dan sepupu saya pergi bermain mercun.saya tidak main kerana saya sedang menonton cerita lawan(Kung-fu)iaitu Shanghai Affairs.Mereka bermain dengan seronok dan mercun itu letupannya sangat kuat sehingga sisanya terpelanting terkena kereta dan bumbung rumah.
  
                Keesokkan harinya,saudara mara saya pulang ke rumah saya,apabila saya melihat mereka pulang saya berasa sangat seronok.Kami keluar bersama pergi makan tengah hari bersama di warung tepi jalan yang hendak pergi ke jalan Seriab,dan kami pergi ke C-Mart Changloon bersama-sama.Pada malam itu,saya tidur di rumah nyang saya iaitu Pulau Ketam,Kuala Perlis kerana saudara mara saya tidur di situ.Saya tidur di situ 3 hari 2 malam bersama saudara mara saya.Apabila mereka pulang ke rumah mereka,saya berasa tidak seronok kerana mereka hendak pulang.Harapan saya agar mereka dapat datang k rumah saya agar saya boleh bermain bersama-sama.

                Setakat inilah saya boleh menceritakan pengalaman saya pada malam esok nak raya dan semasa hari raya.Nanti kalau ada saya akan menceritakan tentang hari raya aidiladha.  

Jumaat, 24 Ogos 2012

ANIMASI KARTUN.

Nama:Boboiboy(Gempa).
Berasal:Dari Bandar.
Kelebihannya:Dia boleh menumbuk apa sehingga terkeluar tanah yang besar dan kuat.







Nama:Boboiboy(Halilintar).
Berasal:Dari Bandar.
Kelebihannya:Dia boleh mengeluarkan senjata kilat dari tangannya.









Nama:Boboiboy(Taufan).
Berasal:Dari Bandar.
Kelebihannya:Dia boleh membuat ribut taufan.









Nama:Yaya.
Berasal:Dari Pulau Rintis.
Kelebihannya:Boleh terbang dan dia boleh mengangkat benda yang berat.



Nama:Yin.
Berasal:Dari Pulau Rintis.
Kelebihannya:Dia boleh memecut sepantas bunyi.








Nama:Gopal.
Berasal:Dari Pulau Rintis.
Kelebihannya:Dia boleh menukar sesuatu benda menjadi makanan.









ANIMASI NARUTO...

Nama:Uzumaki Naruto.
Berasal:Dari Kampung Konoha.
Kelebihannya:Rasengan dan dia boleh bertukar menjadi musang ekor 9.






Nama:Uchiha Sasuke.
Berasal:Dari Kampung Konoha.
Kelebihannya:Chidori dan dia boleh bertukar menjadi seekor raksasa yang kuat.





Nama:Hatake Kakashi.
Berasal:Dari Kampung Konoha.
Kelebihannya:Dia boleh membuat Chidori dan mata sharingan.








Nama:Haruno Sakura.
Berasal:Dari Kampung Konoha.














SENI BELA DIRI.

Silat ialah satu seni mempertahankan diri pada zaman Kesulatanan Melayu  Melaka.Antara senjata silat yang saya tahu ialah keris,pisau,parang dan pedang.








Taekwondo ialah seni bela diri yang terkenal di Korea.Dalam bahasa Korea   Tae bermakna ''menumbuk'',Kwon bermakna ''menendang'' dan Do bermakna ''cara'' atau ''seni''.









Karate atau karate-do merupakan salah satu seni bela diri dari timur.Pada umumnya,karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh.








Tomo(merupakan tinju Siam)ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah,Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia.Tinju Siam yang  asalnya daripada negara Thailand(MuayThai) terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja.