Jumaat, 31 Ogos 2012

BERPUASA.

  Dari Sahl bin Sa'ad r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: ''Di syurga terdapat pintu yang bernama PINTU RAYYAN,yang hanya dimasukkan oleh orang-orang yang puasa sahaja,tidak oleh orang lain.Kalau mereka sudah masuk,maka pintu tersebut ditutup.''(Bukhari,Muslim,dan Nasai).

  Tirmidzi menambahkan: ''Barang siapa memasukinya,ia tidak akan haus selamanya.''

 Dalam shahihnya,Ibnu Khuzaimah juga meriwayatkan hal yang sama,dengan kata-kata: ''Jika salah seorang dari mereka masuk,maka pintu tersebut ditutupi.Barang siapa masuk,pasti minum,dan barang siapa minum,ia tidak akan haus selamanya.''

 Pahala di atas memang layak bagi orang-orang yang berpuasa sebab di dunia mereka telah menahan dahaga kerana ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan