Jumaat, 31 Ogos 2012

SOLAT MALAM.

 Diriwayatkan dari Asma' binti Yazid r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: ''Pada hari kiamat umat manusia akan dibawa ke suatu kawasan.Lalu satu suara menyeru,'Manakah orang-orang yang pernah merenggangkan lambung dari tempat tidur (solat malam).'Maka tampillah mereka dengan jumlah yang sedikit.Kemudian masuk syurga tanpa hisab.Sementara itu,yang lainnya diperintah untuk dihisab.''(Baihaqi).

 Berkaitan dengan persyaratan masuk ke syurga tanpa hisab,ada satu hadis shahih yang menyebutkan bahawa ada 70,000 umat masuk syurga tanpa hisab dan azab.

 Ketika Rasulullah ditanya mengenai hal itu,baginda menjawab:''Iaitu mereka yang tidak mengadakan pengubatan dengan jampi-jampi dan tidak meminta diubati dengan cara itu,serta mereka tidak bertathayyur (menggantungkan nasib pada terbangnya burung) dan mereka bertawakal kepada Rabb-nya.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan