Jumaat, 31 Ogos 2012

Pengertian Bendera Dan Warna-warna GAYONG.



Bendera Gayong dikibarkan dalam mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Silat Seni Gayong.Ia melambangkan kedaulatan organisasi Silat Seni Gayong.Pemilihan warna pada lambang dan bendera Silat Seni Gayong membawa mesej dan falsafah tertentu.Ia memancarkan semangat perjuangan dan inspirasi ahli dan murid Silat Seni Gayong di Malaysia.


          Hitam.
         Melambangkan bayang-bayang iaitu persamaan.Ia bermaksud semau manusia di sisi ALLAH SWT adalah sama.Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu SILAT SENI GAYONG mempunyai pelbagai rahsianya(Rahsia tersimpan di zaman purbakala,ilham menyusul zahir semula).

       Putih.
       Bermaksud suci dan bersih.Ia menunjukkan SILAT SENI GAYONG bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat.Dalam konteks SILAT SENI GAYONG,agama ISLAM ialah AD-DIN iaitu pedoman hidup.

        Kuning.
       Melambangkan Tanah Melayu ialah negeri beraja dan berdaulat.Murid yang memasuki Silat Seni Gayong dimestikan berikrar taat setia pada raja-raja Melayu dalam istiadat perlimau sintuk.

       Merah.
       Tanda keberanian dan kepahlawanan.Murid Gayong hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.Semangat kepahlawanan perlu untuk mempertahankan kedaulatan tanahair daripada penceroboh dan perbuatan durjana.Keberanian yang dimiliki hendaklah atas dasar keberanian dan tuntutan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan