Pada zaman silam,hanya individu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna.Mereka ini sebenarnya telah memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama,bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri.Sifat ini kemudiannya menjadi subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat.Bagi mereka yang belum mempunyai kualiti sedemikian,melalui seni silat mereka dididik dan diasuh sehingga mencapai tahap tersebut.
Perguruan seni silat pada hakikatnya ialah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dilentur untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum.Pendekatan pendidikan seni silat sebagaimana yang diterangkan di atas merupakan kaedah yang utama oleh PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA.Sesungguhnya,falsafah pendidikan Silat Seni Gayongc sejak dahulu lagi dirangka sebegitu rupa untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai ALLAH S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan