Sabtu, 25 Ogos 2012

Pengalaman saya pada malam esok raya dan semasa hari raya.

                 Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit tak banyak pon,kisah saya semasa pada hari raya.Pada malam esok raya,selepasa berbuka puasa,saya tidak sabar menuggu untuk mendengar perisytiharkan hari raya.Sementara saya menuggu perisytiharkan hari raya itu,saya bermain bersama adik saya dan  anak menakan saya.Pada pukul 8 malam,saya dengan cepat pergi ke televisyen untuk mendengar periytiharkan hari raya.Apabila saya mendengar perisytiharkan tersebut bahawa pada esok hari akan menjelang hari raya,saya berasa sangat seronok dan pada malam itu saya bermain dengan adik saya dan anak menakan saya sampai tak reti-reti nak letih.
                Selepas itu,saya berfikir bagi nak meriahkan malam itu,saya mengambil mercun dan bunga api di dalam almari di dapur dan saya terus mengeluarkan mercun  dan bunga api.Dalam beberapa saat,saya mengambil lighter dan terus mencucuh mercun itu.Adik dan anak menakan saya ketawa dengan riang kerana kedengaran letupan yang tidak berapa kuat la.Malam itu saya keluar untuk mencari angin bersama keluarga saya,saya melihat jalan raya di Kangar menjadi sesak dengan kesibukan orang luar hendak pulang ke perantaun atau kampung mereka.
                Pada pukul 1 pagi,saya bercadang hendak tidur lewat pada malam itu.Saya dan bapa saya tidur lewat pada malam itu dengan menonton cerita yang tidak berapa seram la.Kami menonton cerita tersebut sehingga pukul 3 pagi dan pada pukul 3.30pagi saya dan bapas saya menonton filem Hindustan(cerita lawan-lawan)sehingga pukul 4pagi.Pada malam itu saya berasa sangat seronok Alhamdulillah kerana pada malam itu saya tidak berasa sunyi,saya ramai orang di rumah saya tetapi tiada sesiapa yang di rumah saya hanya yang ada saya dan keluarga saya.
                Pada keesokkan harinya iaitu hari raya pertama,saya bangun pada pukul 6.30pagi saya solat subuh dan saya sambung tidur saya sehingga saya bangun pada waktu itu pada pukul 7.15pagi.Mak saya suruh saya pergi membersihkan diri sebelum pergi solat sunat hari raya aidilfitri.Apabila saya pergi ke surau yang berdekatan dengan rumah saya,saya melihat ramai orang memakai baju raya berwarna-warni.Selepas kami solat sunat hari raya dan mendengar khutbah raya,saya,rakan-rakan dan warga emas bersalam-salam dan bermaaf-maafan pada hari tersebut.Ada yang terkeluar air mata kot,saya tak berapa nak pasti la tapi semasa bersalam-salaman saya berasa senang hati kerana saya boleh meminta maaf kepada orang yang telah saya lakukan perbuatan yang kurang sopan itu.
               Selepas bersalam-salaman,saya terus pulang ke rumah untuk beraya dengan keluarga.Dalam beberapa mint,saya dan keluarga saya pulang ke kampung bapa saya untuk beraya la,buat apa lagi kan.Apabila sampai ke kampung saya berasa lagi seronok kerana dapat berjumpa dengan keluarga bapa  saya.Saya bermain dengan adik saya dan anak menakan saya di luar rumah dan di dalam rumah.Saya berada di situ pada siang hari hingga malam iaitu selepas isya'.Adik,anak menakan saya dan sepupu saya pergi bermain mercun.saya tidak main kerana saya sedang menonton cerita lawan(Kung-fu)iaitu Shanghai Affairs.Mereka bermain dengan seronok dan mercun itu letupannya sangat kuat sehingga sisanya terpelanting terkena kereta dan bumbung rumah.
  
                Keesokkan harinya,saudara mara saya pulang ke rumah saya,apabila saya melihat mereka pulang saya berasa sangat seronok.Kami keluar bersama pergi makan tengah hari bersama di warung tepi jalan yang hendak pergi ke jalan Seriab,dan kami pergi ke C-Mart Changloon bersama-sama.Pada malam itu,saya tidur di rumah nyang saya iaitu Pulau Ketam,Kuala Perlis kerana saudara mara saya tidur di situ.Saya tidur di situ 3 hari 2 malam bersama saudara mara saya.Apabila mereka pulang ke rumah mereka,saya berasa tidak seronok kerana mereka hendak pulang.Harapan saya agar mereka dapat datang k rumah saya agar saya boleh bermain bersama-sama.

                Setakat inilah saya boleh menceritakan pengalaman saya pada malam esok nak raya dan semasa hari raya.Nanti kalau ada saya akan menceritakan tentang hari raya aidiladha.  

2 ulasan: