Sabtu, 25 Ogos 2012

Pesanan Imam Al-Ghazali.

                        Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikumwarhmatullahiwabarakatuh,Alhamdulillah kerana saya dapat menulis lagi blog saya.Saya ingin menyampaikan sedikit pesanan iaitu Pesanan Imam Al-Ghazali.Imam Al-Ghazali pernah bertanya pada muridnya.Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?''murid-muridnya ada yang menjawab orang tua,guru,teman dan kerabatnya.Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ''MATI''.Sebab itu dijanji oleh ALLAH S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akn mati.

                         Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.Dan (ingatlah bahawa)kehidupan di dunia ini(meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya)tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya''.
(Surah Ali-Imran 185).

                         Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.''Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?''murid-muridnya ada yang menjawab negara China,bulan,matahari dan bintang-bintang.Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.Tapi yang paling benar adalah ''MASA LALU''.Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,tidak boleh kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai ajaran Agama.

SEKIAN,TERIMA KASIH.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan