Jumaat, 31 Ogos 2012

TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

     Abu Hurairah r.a,  pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ''Barang siapa yang takut,ia segera jalan pada malam hari.Dan barang siapa berangkat pada malam hari,ia akan sampai ke tempat tujuan (dengan segera dan selamat).Ketahuilah bahawa dagangan ALLAH itu mahal.Ketahuilah bahawa dagangan ALLAH itu syurga.''(Tirmidzi.Menurutnya,hadis ini benar).

    Pendapat Imam Nawawi tentang kalimat ''Ketahuilah bahawa barang dagangan ALLAH itu syurga''merupakan perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW bagi orang yang menempuh jalan menuju akhirat.Adapun syaitan berusaha mengganggunya melalui hawa nafsu,cita-cita(khayalan)dusta sebagai pendukungnya.Apabila ia selalu berwaspada dalam menempuh perjalanannya itu dan ikhlas dalam beramal,maka ia bebas dari gangguan syaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan